Cara Penggunaan & Pantang

Cara Penggunaan


1 sachet ( (paket) digunakan untuk 2 atau 3 kali bancuhan. Sekiranya selepas terasa panas dalaman atau pening, ia merupakan tanda-tanda biasa. Teruskan meminum sekurang-kurangnya dua paket seminggu. Pengguna juga digalakkan minum air suam atau air masak yang banyak 



Pantang

Tidak DIGALAKKAN untuk Kanak -kanak, Wanita Mengandung, serta mereka yang sensitif terhadap kafein, mempunyai Tekanan Darah Tinggi dan Masalah Jantung. Juga tidak sesuai diminum dengan air kelapa dan asam limau.


Kesan Tindak Balas (Healing Crisis)

Sebahagian pengguna mengalami keadaan tidak selesa selepas pertama kali atau beberapa kali menggunakan Kopi Panggung Al-Ambiak. Keadaan ini adalah 'NORMAL'. Ia bukan kesan sampingan (side effect). Keadaan itu merupakan 'kesan tindak balas (healing crisis)' atau 'kesan pemulihan'. Ia merupakan proses tindak balas bahan yang terkandung dalam herba Kopi Panggung Al-Ambiak dengan sistem tubuh badan, khususnya sistem berkaitan darah (kadar kolesterol, kualiti peredaran darah - circulatory system, kadar gula dan kadar toksid) dan sistem saraf.

Ketidakselesaan ini hanya SEMENTARA iaitu selepas penggunaan pertama kali atau 2-3 kali yang awal. Pengguna tidak perlu panik!! Kopi Panggung Al-Ambiak TIDAK MERBAHAYA. Teruskan penggunaan! Ketidakselesaan yang dialami itu akan berkurangan setelah sistem badan (yang berkaitan) beransur pulih daripada kekurangan upaya fungsinya (abnormality atau disorder).