Bahan-bahan

Buah Maca

Sejenis tuber yang tumbuh di daerah pegunungan Andes pada aras ketinggian 14.000 kaki. Maca hidup pada suasana lingkungan udara yang sangat ekstrim,seperti angin kencang, dingin dan beku di malam hari, serta panas kerana diterpa cahaya matahari terus menerus di siang hari. Maca juga dikenal dengan sebutan “Peruvian Viagra” atau “Peruvian Ginseng” kerana ia mampu merangsang libido (Sexual Power) lelaki atau wanita. Ia juga terbukti dapat membantu memulihkan pelbagai penyakit berkaitan ketidak seimbangan hormon.

Guarana

Guarana atau nama botaniknya “Paullinia Cupana” adalah sejenis tumbuhan rotan menjalar yang berasal dari basin Amazon di Brazil. Buahnya bergugus-gugus. Setiap gugus boleh mencapai 25cm panjang dan mengandungi lebih kurang 50 biji buah. Apabila masak warnanya akan bertukar menjadi merah dan seraput luar akan merekah. Setiap buah yang masak mengandungi 1-3 biji benih yang berbentuk biji mata. Guarana amat berkhasiat kerana ia mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino, zat galian dan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh badan manusia. Zat –zatnya mudah diserap oleh sel-sel badan dan dapat membantu memulihkan struktur sel badan kita, memelihara organ-organ badan dengan baik dan seterusnya membantu kita hidup hingga berusia lanjut. Kerana khasiatnya yang sangat tinggi, mereka yang mengamalkan memakan Guarana akan menjadi sihat, bertenaga, awet muda, dan hidup hingga lanjut usia. Kerana itu wajarlah Guarana ini digelarkan sebagai BUAH ATMA JIWA.

Tongkat Ali

Pokok Tongkat Ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Nama botani atau saintifiknya ialahEurycoma Longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat Ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak (penggalak seks). Secara tradisi, Tongkat Ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap, disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida. Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol(quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting industri. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam Tongkat Ali boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki. British Journal of Sports Medicine pernah menerbitkan keputusan kajian saintifik pada tahun 2003, yang menunjukkan Tongkat Ali mengakibatkan peningkatan saiz dan kuasa otot berbanding placebo. Ini mungkin menunjukkan ciri-ciri anabolik pada Tongkat Ali. Sesetengah atlet dan bina badan kini menggunakan hasilan Tongkat Ali dengan harapan ia akan bertindak sebagai penguat testosterone, bagi meningkatkan saiz otot dan prestasi tanpa dadah.